Thursday, July 16, 2009

2nd..

babak 2nd ..

alhamdulillah..
hari ini genap seminggu aku selepas di uji dengan kemalangan tempoh hari..
selepas di beri kebenaran berMC selama dua hari, terus aku balik rumah..Dalam masa yang sama juga,zaujati- mudahan Allah merahmatimu-juga dalam perjalanan ke Ipoh.Allah hu Akhbar, rasa separuh kesakitan tuu..dah hilang gamaknya.Walaupun dia dalam masa kursus, tapi tetap gak nak balik..drive ngan keta plak tuh..isteriku-mudahan Allah merahmatimu-.

Rehat di rumah, aku tak banyak buat apa.Makan tido jerlah..sampi tgk TB.Malam pertama terus aku roger Zaki, kawan tempat kerja untuk jumpa Hj, nak minta urut badan..Alhamdulillah..2 malam mengurut..heheh ok.. jugak..cam besh je.

Siang malam seterusnya berlalu begitu sahaja.dengan nikmat hari-hari bahagia yang penuh kesakitan.

Hari Khamis, dan jumaat masuk kerja dalam keadaan yang kurang stabil lagi..Tapi tak per..ada penawar di sini.Tak la terasa sangat2an yang seperti sebelum ni.Kerja pertama yang kena buat, siapkan tugasan budak dan efarpee.Alhamdulillah dah setal ngan2 skema sekali.

Dan jumaat membawa ke sabtu, terus ke ahad.semua urusan menjadi lancar sekali.terima kasih juga buat sahabat2 IT yang sudi datang ziarah.Rasa kagum dengan komitmen depa walaupun aku ni cuma orang biasa saja.Itulah nikmat namanya..ITUlah yang aku katakan....NIKMAT BAGI YANG BERFIKIR..BAHAGIA BAGI YANG BERZIKIR...KERANANYA HARI-HARI INDAH BILA SAKIT..JIKA KITA TAHU ITU ADALAH NIKMAT DARINYA..

untuk itu kawan...sentiasa berbaik sangkalah dengan segala kerja buat Allah pada kita..samada yang bersifat nikmat dan mudharat kerana kedua2nya merupakan nikmat dari Allah buat hambanya yang berzikir dan berfikir


Akhir kalam....wasalam.
___________

No comments: