Thursday, July 9, 2009

hari baik dan bulan baik...pengajaran bagi hamba yang berfikir..

_____________
Asalam..permulaan kalam..mohon dipermudahkan bicara agar semuanya dan segalanya berjalan mengikut keredhaan dan kehendaknya.
Ameen.

babak 1st

Pagi Selasa, 7/7/09 bersamaan dengan 14 Rejab, suatu perkara yang manusia selalu ketakan dengan kejadian malang telah menimpa aku.Tetapi bagi aku ianya merupakan suatu nikmat yang cukup indah bagiku..kenapa....teruskan bacaan anda sehingga selesai..

Pagi itu... indah seperti biasa. Dalam perjalanan nak ke tempat mencari rezeki, aku telah didatangi dengan sebuah motosikal dengan gayanya seperti pelumba jalanan, cilok sana cilok sini, baik punya dan terus melanggar aku. Dengan kata lain, aku excident la tu kena langgar dengan orang laa.

Uhh..apa lagi tercampak la aku ke tebing jalan sebelah kiri, selang beberapa meter nak lepas traffic light terakhir sebelum masuk ke pintu pagar tempat kerja aku kat jalan dairy..
Hmmm..."excident pulak, baru jer budget nak datang awal " ..Aduh..sakit gak rupanya excident ni ye..tapi kira ok jugak lah..sebab aku leh lagi bangun dan terus ke opis..n then PUNCH IN.. seperti biasa.. 7:56 am..huhu..

Alhamdulillah..
Dah masuk opis..Mulanya aku nak wat tak peduli ja..aku budget ok jer..sebab malas la rasanya nak gi GH nak check,lagi pun tak ada luka yang nampak di lihat di mata, cuma ada sengal-sengal sket kat dada, tapi last2 memikirkan yang kawan2 opis semua dok kata..."PI LA CHECK TGK mizan oii, X RAY KA, APA KA, KOT2 NNTI ADA RALAT KALAU JADI LAIN PLAK..SEBAB TGK LUAR MEMANG TAK ADA APA...DALAM SAPA PUN TAK TAU.." then terus aku minta jasa baik.. kawan baik..untuk teman aku pi GH.
Tanpa tunggu lama, terus lapor diri di kaunter kecemasan GH, kes aku di ambil oleh Dr. Yeoh..Pakar Kecemasan yang duty pagi tu..Terus tekan2 dada aku yang lebam dan calar2 tu dek kerana hentaman divider kiri jalan selepas jatuh dari bike aku.Kemudian aku di forwardkan ke Bahagian X Ray di bilik no.4 (Bahagian Dada), untuk di x-ray sebab dia rasa tak puas hati tgk dengan mata kasarnya tu..

Tak apalah, tunguu bilik no 4, kemudian masuk..dan..."OK, EN MIZAN, READY YA..TARIK NAFAS..DAN...

Alhamdulillah..
Selepas selesai..dan hampir 2 jam tunggu ..result aku terima .."OK..En. Mizan, U PUNYA BADAN,TULANG DADA DAN OTOT STABLE..TAK ADA YANG RETAK OR PATAH LA..CUMA ADA LEBAM SKET PADA OTOT SEBELAH KIRI RAWAN DADA, NANTI SAYA AKAN BAGI UBAT YER..U BLEH TUNGGU LUAR SEKEJAP YER..." said Dr Yeoh tu lah..
Terus aku tunggu luar dan dapat slip ubat terus ke farmasi, ambil ubat dan...yang paling best..dapat MC 2 hari..

terus balik rumah..
dan tunggu apa yang berlaku....

babak 2nd..


.............