Friday, December 26, 2008

malam ni.. 26 dis 2008

Pertama sekali syukur alhamdulillah sbb masih bernyawa dalam kekuatan Islam.mudahan nikmat ni akan terus aku dapat sampai bila2.buat sahabat2ku juga mudahan semua antum dapat jugak nikmat yang Allah tinggalkan sementara ni untuk kita semua.

Apa cerita dengan AGM kalian kat Selangor tu. dengar kata meriah katanya.menurut satu sumber yang agak tepat la, hampir 50 orang gak yang datang. Tak pastilah aku samada 50 tu termasuk pasangan masing-masing ker atau trmasuk anak-anak depa.apapun aku ucap selamat dan tahniah lah pada kalian atas majlis yang kalian buat.Bukan niat aku tak mau join hampa wat program.masih teringat juga lagi masa kita sama2 bertarbiah kat tempat ngaji dulu.best la kenang kisah2 suka duka sedih dan gembira yang kita lalui bersama.uih, sapa kata tak teringat tu..tapi apa kan daya,aku rasa aulawiyat di sini lebih memerlukan aku berada di sini.tak bermakna aku tak attend ngan kalian aku sudah tawar hati dengan kalian, tapi hati ni tetap terikat.a'la kulli hal...wish u all best of luck.

hmm..malam ni akan terjawab lah segalanya.Majlis Jamuan Makan Malam besama MB Perak sempena Pelancaran Dana Pemuda,Kami Prihatin.buat masa sekarang ni, proses men'print' buku cenderamata sedang penat di jalankan.huh, tungkus lumus lah sahabat2 aku ni wat keje.cukup komitmen dengan tugas di berikan kepada mereka.bukan setakat printer dan laptop ni yang sibuk bekerja, malahan tugas juga kami lakukan bersama.penat kepala aku juga tgk benda-benda macam ni.aku ni dari demam lega jap demam plak, lega jap,keje tetap kena teruskan.sampai selesai, bila selesai baru la senag sket.kepala pun tak la berat lagi...dan secara tak lansung, demam pun akan kebah kan..hehe teori aku jer lah kot.

Apapun, sebelum terlambat aku nak ucapkanlah selamat ulang tahun kelahiran ke 33 buat KP kawasan aku yang harinya jatuh pada semalam.alhamdulillah mudahan Allah panjangkan usia dengan penuh keberkatan.terima kasih juga atas tajaan makan minum aku yang dia bayar.malu plak aku,makan tak berbayar jer, hehe. buat TKP aku juga terima kasih atas tajaan sarapan pagi 25 baru ni.aku pun tak tau kenapa dia terlalu ikram sangat aku ngan sahabat aku ni.mudahan Allah mudahkan rezekinya dan tambahkan dalam keberkatan.

untuk sahabat2ku yang lain, teruskan keje dan tugas kalian. mudahan Allah berkati kita semua.

opss.."next page"..zul dah bagi signal untuk page seterusnya..so.....




good luck, not loqlaq.

adios

Monday, December 22, 2008

ipoh - kedah - ipoh....? next...

Asalam.alhamdulillah, hari ni aku sudah berada di Ipoh, setelah dua hari berkelana di kampung.Rasa macam tak best ja cuti sat sangat, tapi apa bulih buat ini kan tugas.Balik kampung sekadar melepaskan kerinduan famili padaku, tambahan pula adik2 aku semuanya ada kat umah.Maklumlah, sekarang ni tengah asyik mereka merayakan cuti sekolah.Adik aku yang Uitm tu pun cuti jugak, so seronok la kami berkumpul ramai2, sembang perkara yang menarik kami adik beradik.

Cuti kali ni aku rasa seronok sket sebab aku dapat cuti sepenuhnya. Maklumlah dah dapat lantikan tetap. Seronok gak yer tengok orng lain keje, kita cuti heheh.ada la juga masa na berehat2 kepala dari pikirkan keje2 opis yang tak sudah2 tuh.

Aku balik kampung baru ni mak aku buat laksa kat kami sekeluarga.sedap bukan main.Maklumlah, anak laki sulung balik umah, biarlah sekejap pun, tapi dia punya rai aku punya lah mesra.Ntahlah, semenjak dua menjak ni, famili aku asyik ambik berat je.mungkin depa pun tahu aku ni dah tunangan org, kena jaga la tumpang bulih jaga sebelum orang lain jaga plak.Bagi aku, aku tak kisah semua tu. Yang penting aku bersyukur dapat mak n ayah sebaik depa dua orang tu.Mana nak cari orang lain yang sanggup layan bebai aku ni sejak dari dulu lagi.

Apapun, aku harap kalian doakan aku jerlah, Doakan juga program kami bersama MB 26 hb ni berjalan lancar tanpa sebarang masalah.Maklumlah, wat program ngan VIP ni harap2 ok la norr.Buat sahabat2 AiPi, if aku sempat pi, aku jenguk hampa semua. If tak dan, nak wat cam na.

oklah bro n sis..
wa cau dulu.


wasalam..

Friday, December 19, 2008

Alhamdulillah siap juga...akhirnya..

alhamdulillah setelah sekian lama meneliti menyelak dan membaca kertas-kertas yang di amanahkan, akhirnya siap juga semua me'marking' kertas budak2 ni.Alhamdulillah..apapun tahniah la pada student2 aku yang dapat markah tinggi, dan takziah lah pada yang tak dapat score dengan baik. apapun aku dah cuba 'flexi' dah pada markah kalian...cuma yang gagal tuh, cuba lagi next sem..chaiyok2.
Semalan aku juga sempat attend meeting kedua terakhir program yang kami akan jalankan pada minggu depan ni. tak ramai jugak yang datang.Alhamdulillah, aku datang jugak, walaupun pada mulanya aku rasa macam tak sempat ja attend atas alasan nak siapkan tanda kertas budak2 aku ni.tapi aku gagah juga attend, sebab semua minit meeting yang lepas aku dah siapkan dan serahkan kepada penolong S/U.So malam tadi aku cuma jadi pendengar dan penanda kertas jerlah.Maaf la kawan2 semua itu jer masa yang ada untuk aku tanda kertas budak2 ni.Alhamdulillah, kawan2 juga faham dan mengerti tugas aku yang hanya sekadar cikgu saja ni.
Malam ni (19/12) aku dah plan akan balik kampung sekali lagi,balik dengan hepi la kot, hehe.malam ni bas pukul 8 di Medan Gopeng. Hanya itulah transport aku buat masa ni, sbb itulah yang termampu bagi aku untuk pualng kampung.Apapun, alhamdulillah la sebab ada juga ruang dan peluang bagi aku nak pulang kekampung walaupun cuti hany 2 hari, berbanding kawan2 aku yang keje laut, seberang laut dan dalam laut. lansung deme ni tak merasa nak balik kampung if cuti hujung minggu macam ni..

Hmm..dah macam banyak plak dah tulih ni, so apaun doakan lah perjalananku ini.Buat SAHABATku, doakanlah ana..kerana banyak sgt ujian dan dugaan yang menanti tambah2 waktu2 macam ni.

Akhirnya...aDiOs.

Monday, December 15, 2008

Semangat BRO.......... “Hobi saya (bertanding pilihan raya).

.......................................
asalam...huh..pening pala gua..rasanya macam ni jugak lah penatnya cikgu2 aku masa dok marking kertas aku dulu masa aku masih bergelar penuntut dulu..Betul lah kata orang, sehebat mana seorang itu pun mula asalnya dari keletihan seorang GURU...

Terima Kasih semua GURU-GURU sekalian.

Buat me'release'kan penat kepala aku ni aku pun tengok2 lah apa yang ada isu hari ni.Aku tertarik satu perkara..Huhu,ada la seorang mamat ni yang nak cuba nasib nak masuk calon pilihanraya yang akan diadakan bulan 1 tahun depan di Terengganu..
Dia kata, dia nak masuk PR ni sebab dia tahu negara kita masih ada sifat demokrasi..dan juga sebab “Hobi saya (bertanding pilihan raya)..sebab tuh lah dia nak try..dan dia kata lagi yang bestnya..Jangan terperanjat jika saya menang pada pilihan raya kecil ini nanti,” sebab dia ada dapat sokongan padu daripada rakan-rakannya di bandar ini.

Kata bro ni lagi...“Mereka berjanji berkempen secara agresif bagi memastikan saya menang”..
tgk tuh,dalam masa parti kerajaan pun masih terkial2 nak cari calon yang katanya nak umum minggu depan, bro ni dah ada kat Kuala Terengganu dah sejak kelmarin lagi..

klik : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20081215090107/Article/index_html


So apapun kita tunggu la apa yang akan jadi..



\\\\-- p/s- Doakan kemenangan Islam..



.....................................

Sunday, December 14, 2008

Asalamualaikum...Pendek Kata

Asalamualaikum...salam kemesraan buat semua yang masih di beri nafas bernyawa, lebih2 lagi nikmat nafas itu dalam keadaan Islam dan betul perjuangannya.

Alhamdulillah...hmm..dah hampir 2 bulan rasanya tak 'bersuara' blog ni.Mungkin kali ni bukan nak tulih panjang2.Bukan sebab apa,,nak kata tak ada idea, tak jugak.Tak ada bahan pun, tak jugak sebab sekarang ni banyak sangat isu.Ha la, sampai macam2 isu yang ada. tanah runtuh, belaga bas, reban rumah, roboh setingan, papan tanda, sampai la kepada isu cuti kakitangan kerajaan nak di kurangkan, macam2 ada huhu. pendek kata, kalau nak ulas, segelas teh tarik pun tak dan nak hirup ooo..mungkin jugak, nak kata tak ada masa.....mungkin gak kot.apapun biarkan ia pergi dengan persoalan yang ada.pendek kata itu semua tak penting, yang penting..aku kena siapkan 'marking' paper budak2 ni sebelum masuk minggu depan..

tahniah jugak buat kawan-kawan aku yang sudah melangsungkan perkahwinan mereka.ada yang di sini,(kawan-kawan kawasan la tuh). la.Ada juga kawan2 masa matrik dulu, masa maahad dulu pun ada,masa ito pun tak ketinggalan. Mungkin ada yang tak sempat aku pegi, aku ucapkan selamat pengantin baru la pada korang,maaf tak datang.ada yang sempat aku pi, alhamdulillah la. pendek kata,mudahan Allah sentiasa merahmati kalian.Ameen.


Buat pengetahuan kalian, sekarang ni masing2 tengah kalut n sibuk untuk setalkan semua keje2 yang tertangguh.keje kat opis la ni, dengan macam2 bala yang ada.Nak itu nak ini...huh..pendek kata, tak menang tangan sebab ada 2 ja pun.apapun, mudahan semua dikira sebagai amal soleh, jika kita ikhlas denganNya.

Juga buat kawan2 aku, aku nak habaq kat hampa semua ni, aku akan ada satu 'makluman' nak bagitau kat hampa semua..so nntikan kemunculannnya.pendek kata dalam masa terdekat nilah kot.baru la senang sket hampa nak cari masa cuti, dan tak ada alasan untuk hampa semua tak pi.
oklah..aku pun dak bagitau tadi..hanya nak tulih pendek jer..so pendek kata...

wassalam....doakan aku istiqamah..

p'/s - bro,attach kat sini sekeping norr..



Tuesday, November 4, 2008

Alfatihah buatmu MURIDKU..

IPOH : Kegembiraan 18 pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) yang berkelah di kawasan air terjun Lubuk Timah, Simpang Pulai, di sini, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas dalam pusaran air, semalam. Azzat Adil Ilias, 21, dipercayai meninggal dunia selepas tenggelam dalam pusaran air ketika mandi-manda bersama rakannya, kira-kira jam 1 petang. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, mangsa iaitu pelajar semester lima PUO di sini yang menuntut dalam jurusan pengajian Kejuruteraan Elektronik Komputer dikatakan berkelah di kawasan air terjun itu bersama 17 rakan lain.

Pada mulanya, mangsa mandi di tempat cetek sebelum dibawa arus menyebabkannya tenggelam di satu pusaran air,” katanya.

____________________________________________________


IPOH: A polytechnic student was found drowned at the Sungai Lubok Timah waterfall in Simpang Pulai here.

A spokesman from the Fire and Rescue Department said the body of Izzad Adil Ilias was found at the bottom of the pool by a team of frogmen led by chief diver Abdul Majid Abdul Rashid yesterday.

He said Izzad could have drowned as a result of swift undercurrents.
The 21-year-old victim is believed to have been swimming there with several of his friends at noon before the tragedy struck.



ALFATIHAH...

Friday, October 31, 2008

Dunia Oh Dunia..Dimanakah Akhirat Bagi mu..





ha..nilah yang dikatakan pembangunan.tapi bukan kat malaysia, tapi kat tengah2 laut kat negara arab Dubai sna tuh..hampa tengok, rumah depa wat tgh2 laut,kiri kanan ada pantai.ha...
bila tgk gambar ni terus jer aku teringat ayat ni...
"zhoharol fasa du fil barri wal bahri bima kasabat aidin nas.."



Thursday, October 30, 2008

Asalam Qoblal Kalam. Alhamdulillah


Salam Ketemu Buat Semua.



Nah, hampir sebulan aku tak biarkan jemari ini melalui papan kekunci PC opis aku ni menaip untuk di jadikan catatan dalam blog kawe ni.huh lama tuh..bak kata orang ramai ada masa tapi tak cukup (ayat standard) yang selalu di gunakan.hehe pendek kata sibuk sgt lah aku gamaknya kot.

Alhamdulillah...



Dalam sebulan yang berlalu ni terlalu banyak sangat perkara yang berlaku yang semuanya menunjukkan Hebatnya Dia, dan kerdilnya kita.Apapun syukur semuanya berjalan lancar selancar mesin di sapu minyak griss.



Dalam sebulan yang berlalu ni banyak sgt program MAKAN-MAKAN.ha la dah depa kata, bulan lepas bulan posa, bulan ni plak JADi bulan GHAYA. Uih sakan depa semua la wat makan sana, makan sini,buka sana buka sini, sampai sian kat 'kawan2' kita yang terpaksa menyempurnakan puasa 6 pada akhir2 penghujung bulan Syawal..huhu sian kat "kawan" aku tuh.mujurlah dia terkesan dengan tazkarut aku malam tu. ada jugak la keinsapan kat dia untuk nak completekan posa dia yang berbaki tuh.





Alhamdulillah...mudahan AlLah berkati hidup dia dan famili dia selamanya.


Alkisahnya...memang banyak betui benda yang berlaku dalam sebulan ni.Mana taknya..semua masing-masing dah ada ruang nak berjumpa n wat usroh.dah bertimbun-timbun topik baru yang nak di bincang.Huh,bermula dengan bertunang,ada yang baru nak planning nak bertunang, ada yang nak kahwin, ada yang nak dapat anak, dan ada juga yang tak kurang dok berkira-kira nak tambah kahwin lagi sorang ..huh,nilah perangai orang2 yang bernama kita. hehe.




Alhamdulillah..Ejat n Fuat dah nak kahwin,syukur cuma mungkin ja lagi aku masih tunggu sapa sapa pulak akan menyusul lepas nih...Akhi Jamil bila dah dengaq macam tuh, dia pun cepat2 clearkan status dia yang khabarnya dah nak jadi tunangan org sket hari lagi..tak per, harap2 semuanya benar lah..harap2 jadilah..jgn jadi macam berita anwar dan 16 sept dah lah.


a'la kulli hal, alhamdulillah juga buat aku yang sudah menyambut hari kelahiran yang ke 26 pada tanggal 14 Oct yang lalu. Satu lagi bebanan untuk aku, yelah semakin hampir kematian ku bertemu denganMU ya ALlah..Padahal amalan ku ni masih di permulaan jalan.Mudahan Kau berkatilah hidupku dan keluarga ku serta sahabat2 ku semua. Mudahan aku tegar dalam sisa perjuangan ini. Ameen.



SELAMAT HARI LAHIR KE 26 buat Diri MU MOHD HAMIZAN




Alhamdulillah, Minggu-minggu pertama masuk keje semua selepas habis Ramadhan aku berasa sgt lain.Manakan tidak,selalunya masa yang ada berlalu begitu cepat sekali dengan penuh ketenangan, tapi aku rasa sekarang sgt ketat.Mana nak siapkan markah tugasan budak, nak marking paper exam, nak semak barang2 lab.Nah seolah2 MACAM ADA JA YANG TAK KENA.mungkin ada kekurangan yang perlu di cari semula.Ya AlLah berilah ku Kekuatan.




Alhamdulillah, minggu-minggu lalu juga aku berkesempatan pergi ke Johor, tempat pengajianku.Uhh besh gilerlah dapat gi sana teringat kembali masa zaman-zaman dok ngaji dulu.gi tempat Pokdin, membe aku yang keje sepenuh masa dengan bisness.jual baju n buka kedai dobi. Kaya dah dia la ni.Jumpa Saip, kutuk Joe, makan ngan adik2 J,uihhs bestnya sampai aku terlupa yang tujuan aku gi sana adalah untuk attend kursus Penyelidikan dalam Pendidikan bagi mewakili tmpt keje aku, tapi semua itu aku tinggal tepi... heheh. cam bersalah plak rasanya claim aku tuh.





Alhamdulillah,lepas dari balik tuh, gi plak ke majlis jamuan hari Raya bersama adik2 kampus dan ex P_0. Alhamdulillah sempat la jugak, jumpa adik2 yang berada di bawah kawalan aku sbg asst ust pesal yang ditugaskan untuk jaga depa ni.mungkin jugak, kedatangan aku itu mewakili ust pesal yang sokmo2 sibuk dengan urusan2 dia.Tak perlah memang itulah tugas timbalan pada boss pun.kena sami'na wa atoqna.



Alhamdulillah jua, sehingga sekarang aku masih disini, masih bersama dengan urusan yang belum selesai.dan urusan itulah yang menjadikan aku tetap perlu bersama mu Ya allah.



alhamdulillah buat segala nikmatmu Ya Tuhan.


Sahabat, di kesempatan kali ni ku mohon pada kalian agar doakan aku dan juga 'sahabatku' itu agar kami sentiasa bersama dan berada di dalam rahmat AlLah.




Akhirnya..






alhamdulillah



kedah sejahtera, nikmat untuk semua..


Tuesday, September 23, 2008

KiNi KembaLi

Asalamualaikum..buat semua teman, kawan2 dan sahabat.alhamdulillah setelah berminggu-minggu ruangan maya ini membisu kini ia kembali,walaupaun tanpa suara, namun cukup untuk memberikan sesuatu yang baru buat yang setia menunggu keluarnya post untuk kali ini. Mungkin sebab kekangan kerja dan komitmen untuk melaksankan semaksima mungkin tugasan yang diberikan Tuhan sehingga kita sudah lupa barang yang berupa nikmat sementara ini.
Terima kasih juga buatMu Tuhan, yang masih mengizinkan ruangan ini di isi dengan sesuatu yang diharapkan berisi.

Sedasawarsa melewati masa-masa yang berlalu,kita sudah melalui hampir 2/3 Ramadhan.Ramadhan yang Allah sifatkan sebagai sekolah untuk mendidik umat dan manusia menjadi insan yang bertaqwa sudah hampir meninggalkan kita.Rupanya kita sudah sampai kepada kemuncaknya.Segalanya yang akan menentukan gred graduat kita dalam sekolah ini.Samada lulus cemerlang,gagal, lulus bersyarat,ataupupun hanya mendapat sijil am.Semuanya sudah pasti dan pasti terletak di tangan kita yang menentukannya.Bukan untuk lamanya masa yang ada,cuma hanya sekadar lebih kurang 8 hari yang berbaki.Semuanya akan keluar dari sekolah ini dengan pelbagai gelaran.Ada yang diberikan ijazah kelas pertama, ada yang diploma dan tak kurang jugak ada yang hanya mendapat sijil kemahiran atas hasil usaha mahirnya menahan lapar dan dahaga semata-mata pada waktu siangnya.Maka apalah kira-kiranya kita akan di berikan pangkat graduat oleh Allah.Semuanya tergantung dan terpulang atas daya usaha kita selama sebulan ini.Mengertilah sahabat semua..
Janji Tuhan Itu PASti.


Dalam pada itu, kita masih di berikan Allah masa yang selesa beribadat.Alhamdulilah, kali ini kita rasakan Ramadhan yang paling best untuk sekian kalinya.Kerana apa, kerana kita tersa sangat kehadiran Ramadhan yang datang.Mungkin dulu kita kurang rasa sebegini di sebabkan kita masih lagi teraba2 dan 'tertipu' dengan indahnya dunia tanpa mengambil kira yang kita ini adalah sekadar hamba sahaya di muka dunia. Alhamdulillah, kini semuanya sudah terang cerah lagi bersuluh.Tambahan pula kita berada di tengah2 kawan-kawan dan sahabat2 yang sangat membantu kita menguruskan potensi diri menjadi seorang manusia YANG BERGUNA. Jika nak di bandingkan dengan dulu, Allah saja yang tahu.Alahmdulillah ya ALLAH Kau berikan aku sahabat2ku yang mereka semunya sangat berguna kepada ku.

Lagi seminggu, kita juga jangan lupa untuk menantikan kehadiran Syawal.Bukan untuk bersuka2, tapi kita hanya menikmati hebatnya nikmat Nya yang menjadikan Syawal dan Ramadahn untuk kita.Masih teringat lagi kita, tatkala orang sibuk merayakannya dengan perkara dunia, kita alhamdulillah tenang bersama-sama sahabat di Bumi Derang untuk meraikan satu Hadis Musalsalah, yang kebetulannya Nabi kita SAW meriwayatkan pada hari raya yakni Yaummul 'Aid.Alhamdulillah..kita turut mendapatnya walaupun salsilahnya agak jauh dari Baginda.Kita tetap ingat semuanya..Terima Kasih atas usaha baik Guruku itu.


Kali ini juga, kita rasakan Syawal yang begitu bermakna buat kita...Kita harap Allah bless kita semunya bersama-sama dengan 'kawan' baru kita jua.Mudahan kita harap, ianya menjadi 'Bahtera Penyelamat' untuk kita sama-sama layarinya dengan kita membawa bersamanya 'anak2' kapal yang elok pekertinya lagi tegar perjuangannya..TAKBIR.


Apapun..doakanlah...Agar semuanya berjalan lancar,selancar perancangan Allah kepada hambanya.Moga beerjumpa lagi dan sebelum terlupa...


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..




Wassalam..




............................

Friday, September 19, 2008

Kini Kita Kena Sama2 Bersama ,terima kasih atas artikel ini.

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa... Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah.. . Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...
"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya Sembahlah Allah Yang Maha Esa Tinggallah berhala yang tidak bernyawa Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima Nabi diejek dan Nabi dihina Baginda tidak berputus asa Walau dicaci walau dihina Akhirnya Nabi merasa hampaUmatnya masih menderhaka Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri Kapal pedagang Baginda menumpang Membawa diri ke rantau orang Malangnya laut bergelombang Hampir karam ditengah lautan Bila diundi Nabi merelakan Terjun ke laut penuh bergelora Baginda ditelan ke perut Ikan Nun Gelap gelita tidak terkira Sedarlah baginda akan silapnya Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa Menangislah Nabi penuh duka Memohon Ampun dari Tuhannya"
Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali… Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:
"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya" (Al-Furqan:56- 57)


Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:
"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim" (Al-Anbiyaa' :87)
Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…

Tuesday, September 9, 2008

aPA NiH..LU bIKIn gUA pANAs


Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail perlu dipecat daripada Umno dan segera ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Ada juga yang turut menyelar tindakan Ahmad yang menyifatkan masyarakat Cina di Malaysia sebagai sama dengan orang Yahudi di Amerika Syarikat yang menguasai ekonomi dan politi, sebagai tidak bertanggungjawab...

Friday, September 5, 2008

Medan Bandaraya IPOH jadi Medan Bandaraya Islam

Alhamdulillah, setelah sekian lama selama ni chek hanya dok dengaq dataran MBI dok selalu wat program nyanyi, sure heboh dan acara melompat-melompat tekinja2 semalam buat kesekian kalinya solat terawih dan jamuan berbuka posa di adakan.maka ramailah umat manusia Islam yang mediami sekitar Ipoh turun menbanjiri dataran tersebut.Selebat hujan yang turun pada awalnya, begitu jugalah "lebatnya" manusia yang datang sehingga 'membanjiri' ruangan bawah khemah yang di sediakan. ALHAMDULILLAH , chek tumpang gembira sebab check pi gak ngan memba baik chek la, Zul.

Huhu... amat rugilah sapa-sapa yang tak pi malam tadi, sebab lepas buka posa chek solat magrib dengan di imamkan sendiri oleh Dato Seri MB Perak, ketua kerajaan negeri teman sekarang nih.Nak dapat solat kat soff kedua belakang imam macam ni barangkali amat-amat susah lah yeop.

Selesai solat magrhib, it's time for heavy food. Tadi buka posa hanya dengan kuih-kuih ringan n air sirap 'MERAH' saja.Lepas nih baru leh makan puas-puas, hehehe.Nak2 plak makanan tajaan Pejabat MB, tender pakeeza, huh.sedap ..

So malam tuh, melantak sakanlah.Makan ngan kawan baru lak tuh, budak yang pi bagi pengisian kat SERATI baru2 ni, akhi Syed.Makan punya makan, tak sedar dah sakit perut plak.mungkin angin kot sbb seharian n semalaman tak makan.Tak sahur semalam.

Lepas tuh, ambik masa 'bertenang' sat kat toilet Shell Jalan Hospital.Lepas tuh bleh la sambung ngan solat insya' n terawih.Alhamdulillah...dpat juga menghabiskan solat terawih bersama-sama dengan barisan kepimpinan kerajaan Perak Darul Rakyat sehingga selesai. Semalam jugak aku solat di bawah hujan dengan berlapikan bumbung kanopi, sejuk yeop.tapi alhamdulillah selesai jugak.Lepas tu dengar sket ucapan dari Dato' Seri MB Perak.


Hmmm,,,bila la agaknya akan ketemu masa seperti ini lagi...?



...........

Wednesday, September 3, 2008

~AYAT-AYAT CINTA~


Semerdu alunan kalamullah...Alunan suara karamah Al-Ghamidi..Menjalar halus, mulus, nyaman terasa..Di sekujur jasad..Seakan mengalir laju air cinta suci IlahiAlirnya menuju hati sanubari qalbi..Damainya menerjah jiwaYang ketandusan cinta murni..Ayat-ayat cinta mesra dialun...Membuah seribu rasa..Rindu yang melambung di dadaSeorang pencinta kepadaSeluruh Empunya Cinta..Ya Rahman, Ya Rahim...Rindu, cinta, kasih ini...Tiada tertanggung lagi...Menujah setinggi harapan...Menggarap sejuta impian..Tiada lain...Hanyalah suatu pertemuanYang dirindu..Yang ditunggu..Ayat-ayat cinta merdu dibaca..Mengubat resah, duka sengsara..Melerai rindu di jiwa..PadaMu Kasih..Menyambut sakinah dari langit..Kurniaan berharga dariMu, Kasih..Buat penawar hati yang kerinduanKesetiaanku padaMu Kasih..Tiada tergoyah..Tiada tergugah..Walau badai amuk melanda..Walau ribut taufan mengganas..Kutunggu saat bahagia ketemu..

Alhamdulillah..Syukur Ramadhan kali ni amat bererti

Pertama dan selamanya, lafaz kalam yang mulia,segala puji dan puja hanya buat Tuhan Yang Maha Esa,Allah Rabbul Jalil.Tuhan semesta alam, yang menjadikan langit dan bumi,siang dan malam,sihat dan sakit, serta Dia juga menjadikan bulan Ramadhan yang mulia untuk hambanya merebut pahala.
Hari ini merupakan hari ketiga dalam bulan puasa, hari yang ketiga juga dalam bulan september mengingatkan aku tentang manisnya hidup dengan Ilahi.Huh,memang hepi...seperti seorang suami yang punyai isteri,anak punyai ummi dan abi, dan hamba punyai Ilahi.Dalam bulan ni jugak..aku terpaksa menidakkan perasaan untuk tidak mengingati sesuatu yang berlaku pada selang 5 hari akan datang di atas alasan menghormati "si dia".Apapun aku harap, kamu akan seperti dulu...terus tegar dan istiqamah berpalut sisa-sisa perjuangan.


SELAMAT ULANG TAHUN KE 25 BUAT MU..

Tetapi semua itu tetap mampu membahagikan hatiku dan diriku kerana aku sedang menikamti kenikmatan dengan Ilahi.ada beberapa perkara yang membuatkan aku tetap hepi dan tersenyum sendiri.pertamanya aku mampu untuk mendapat peluang berpuasa secara live pada bulan Ramadahn kali ni yang mana tetap ku tunggu saban hari.Keduanya, aku telah dapat taraf TETAP..dan BERPENCEN DH41.Alhamdulillah..
Ketiganya, aku akan mendapat title baru..heheh..apakah jawatan itu.............????


nantikan kemunculannya ..next episode..





___________________________________________________
MANUSIA, tidak lain hanya SEKADAR KUMPULAN HARI-HARI yang MENDATANG.HIDUP KITA tidak lain HANYA BEBERAPA TARIKAN NAFAS.umur KITA hanyalah SETAKAT KILATAN BAHKAN lebih CEPAT dari ITU..SESUNGGUHNYA berbahagialah ORANG-orang YANG SELALU mengingati MATI




...

Friday, August 29, 2008

jARI sIApAkAH iNi

Kemerdekaan dan Ramadhan

Kemerdekaan dan Ramadhan


Alhamdulillah pada tahun ini, kita akan menyambut dua peristiwa besar yang berlaku selang sehari, dimana pada hari Ahadnya ,31 Ogos kita akan menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke 51 dan pada hari Isnin, 1 September kita akan menyambut bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan dimana diwajibkan kita berpuasa

Bagi pandangan saya Kemerdekaan dan Puasa dibulan Ramadhan ini mempunyai falsafah yang cukup menarik untuk dihayati bersama. Kalau disingkap pengertian Kemerdekaan yang biasa difahami oleh kebanyakkan masyarakat ialah bebasnya sebuah Negara dari cengkaman penjajah dan anak watan bebas untuk memerintah tanah airnya sendiri. Itulah sejarah 31 Ogos dimana Tanah Melayu pada waktu itu bebas dari penjajahan British dan ditadbir sendiri oleh anak watan dan Tunku Abdul Rahman terpilih sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Persoalannnya adakah setakat itu sajalah pengertian apa itu Kemerdekaan. Saya amat tertarik dengan kata-kata Panglima Islam Jaafar Bin Abi Talib ketika beliau berdepan dengan Maharaja Rom untuk membebaskan Bumi Arab dari cengkaman Rom beliau berkata, Kami adalah satu Bangsa yang datang untuk membebaskan manusia dari menghambakan diri sesama manusia kepada menghambakan diri hanya semata-mata pada Allah Taala. Kemerdekaan yang sebenarnya ialah bukan setakat kita menghalau penjajah dari tanah air tetapi yang lebih penting segala pemikiran , pandangan, dan cara hidup mestilah selari dan selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Allah Taala. Tidak guna kemerdekaan itu sekiranya kita masih lagi bangga dengan budaya yang dibawa oleh penjajah dan masih lagi mengikut hawa nafsu dalam kita menghayati bulan kemerdekaan .



Sesungguhnya dibulan Ramadan mengajar kita erti kemerdekaan , dimana hawa nafsu kita diajak untuk sentiasa mentaati perintah Allah. Bulan Ramadan adalah madrasah tarbiyah yang dikhususkan oleh Allah pada hambanya yang beriman. Bulan penuh barakah, dimana siang harinya diwajibkan kita berpuasa dan malamnya disunatkan kita berdiri malam dengan solat dan bertadarus Al Quran. Sesungguhnya Allah menunjukkan sifat kasih (Rahman) dan Sayang (Rahim) , lebih dari bulan-bulan yang lain dimana ganjaran sunatnya adalah bersamaan wajib dibulan lain, dan bila menunaikan fardu seperti 70 kali pada bulan yang lain, bau busuk mulut orang yang berpuasa disisi Allah ialah lebih harum dari bau kasturi.

Firman Allah Taala yang bermaksud

”Wahai orang-orang beriman, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (al-Baqarah 183)

Jadi dengan berpuasa ini akan menjadikan kita bertambah takwa kepada Allah , dimana takwa adalah perasaan didalam diri kecintaan hanya pada Allah dengan melaksanakan semua perintah Allah dan takut akan seksaan Allah dengan menjauhi segala larangan Allah.Puasa dibulan Ramadan mengajar kita supaya menjaga mulut jangan mencaci maki dan menghina orang sekiranya kita dihina katakanlah kita berpuasa. Begitu juga puasa dibulan Ramadan mengajar kita Ikhlas kepada Allah Taala kerana sesungguhnya puasa adalah rahsia antara hamba dan Allah taala , sesuai dengan maksud hadis

” Setiap amal anak adam dilipatgandakan pahalanya . Satu macam kebaikkan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus kali , Allah berfirman, selain puasa kerana puasa itu untuk Ku, Aku akan memberi pahala bagi orang yang berpuasa mengikut kemahuanku , kerana dia meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makannya kerana Ku................... ” Riwayat Bukhari



Banyak lagi hadis-hadis yang menceritakan kelebihan bulan Ramadan dan puasa pada bulannya. Rugilah kita sekiranya tidak mengambil kelebihan yang ada padanya , janganlah kita menjadi seorang yang berpuasa pada bulan Ramadan yang hanya mendapat dahaga dan lapar sahaja dan yang tidak diampunkan oleh Allah pada Ramadan tersebut, sesuai dengan satu hadis yang panjang bermaksud lebih kurangnya ” Apabila baginda naik anak tangga baginda mengaminkan dan apabila ditanya oleh para sahabat mengapa baginda aminkan baginda bersabda Jibrail muncul kepadaku lalu berkata ” Binasalah dia yang mendapati Ramadan tetapi belum juga diampunkan ” dan aku mengaminkan apa yang Jibril katakan......”

Marilah kita sama-sama mempersiapkan diri untuk menghadapi Bulan Ramadan dengan penuh persaan gembira sepertimana RasulAllah dan para sahabat merindui datangnya Bulan Ramadan. Jangan jadikan Ramadan ini sebagi satu budaya pesta untuk kita melepaskan nafsu kita ketika berbuka , berbukalah ala kadarnya ataupun makanan yang biasa yang kita makan pada masa bulan yang lain. Janganlah memenuhkan perut dengan makanan sehingga kita kurang upaya untuk melaksanakan ibadah malam terutama solat tarawikh.

Marilah kita berazam terutama diri ini pada tahun ini kita bersungguh-sungguh mencari kelebihan yang ada pada bulan Ramadan lebih-lebih lagi malam Qadarnya.Banyakkanlah berzikir, solat sunat serta bertadaraus Al-Quran. Pada kaum Adam marilah kita berazam pada tahun ini kita sembahyang berjemaah semampu yang mungkin. Kata-kata cerdik pandai , Beruntunglah orang menghadapi Ramadan dengan mengambil segala kebaikkannya, Rugilah seseorang itu Ramadan tidak merubah apa yang ada padanya dan Celakalah seseorang itu apabila Ramadan tidak berubah sikapnya malah lebih teruk lagi. Akhir kalam renungilah satu hadis RasulAllah yang bermaksud

” Wahai manusia !, telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati ....................................

Ianya adalah satu bulan yang pada awalnya Rahmat, pertengahannya Keampunan dan akhirnya MERDEKA dari api neraka..................................”

Riwayat Muslim



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

DAN

MARHABBAN YA RAMADHAN AL MUBARAK

Thursday, August 28, 2008

Puasa kembalikan manusia ke alam fitrah

Puasa kembalikan manusia ke alam fitrah


Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Iklan



Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.

Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.

Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.

Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali �sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam � di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.

Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.

Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.

Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.

Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.

Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.

Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.

Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Solat fardu

Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.

Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.

Solat tarawih

Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.

Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Mengaji al-Quran

Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.

Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, 'MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK' atau seperti komputer yang diberi isiannya.

Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.

Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.

Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.

Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam � alangkah indahnya suasana ini.

Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah. - mks. _

Wednesday, August 27, 2008

Anwar Ibrahim angkat sumpah esok

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen esok, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Iklan

Bernama melaporkan, Pandikar Amin mengumumkan perkara itu sebelum memulakan sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

"Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dah pun keluar dan keputusannya berpihak kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, jadi beliau akan mengangkat sumpah esok," katanya.

Beliau berkata segala urusan angkat sumpah dan aturan mesyuarat akan dimaklumkan kepada dewan kemudian.

KeADILan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam.

Anwar, 61, memperolehi 31,195 undi sementara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Mamat, 61, hilang wang pertaruhan selepas mendapat hanya 92 undi.

Manakala undi rosak adalah 447 undi. - mks._

Doaku Untuk Mu - Terima Kasih Sahabat Ku


Ya Rabbul Izzati,
Ampunilah dosanya, dosa kedua ibu bapanya, dosa saudara-saudaranya.
Ya Allah,
Berkati dan rahmatilah hidupnya. Limpahkan lah hidupnya dengan rezkiMu yang halal.
Ya Allah,
Berikanlah kebahagian hidup di dunia dan akhirat buatnya. Sesungguhnya aku tidak mampu membuatkan dia bahagia dan tersenyum.
Ya Rabb,
Rindukan lah dia pada syahid di jalanMu. Kau berikanlah dia kekuatan dalam menempuh jalanan yang berliku.
Ya Rahim,
Kuatkanlah imannya agar dia tidak goyah dengan tipu daya syaitan. Tetapkan hatinya agar dia tidak berpaling dariMu. Sinarilah hidupnya dengan hidayah dan petunjukMu. Janganlah Engkau gelapkan hatinya dengan nikmat dan fitnah dunia.
Ya Rahman,
Lembutkan lidahnya agar sentiasa basah dan fasih menyebut namaMu. Berikanlah kekuatan, kesihatan rohani dan jasmani kepadanya agar dia bisa bermunajat kepadaMu dengan tenang.
Ya Allah,
Jadikanlah dia di kalangan hambaMu yang Engkau redhai dan sentiasa mensyukuri nikmatMu.
Ya Allah,
Andainya Engkau kurniakan nikmat cinta dunia padanya, janganlah cinta itu melebihi cintanya padaMu.
Ya Allah,
Kurniakan lah dia isteri yang solehah, yang sentiasa mentaati suami dan penciptanya, yang tidak leka dan lalai dalam menunaikan tanggungjawabnya.
Kurniakan lah dia zuriat yang soleh dan solehah, yang dapat menyambung perjuangannya, yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya.
Ya Allah,
Berikanlah kebahagian hidup di dunia dan akhirat buatnya. Amin

Berita Kemenangan


Anwar Ibrahim menang besar, majoriti lebih 15,000


TERKINI! PERMATANG PAUH, 26 Ogos (Hrkh) - Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi.

________________________________
7.30 pagi: Calon Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengundi jam 9 pagi ini di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang dekat sini selepas hampir 10 tahun terhalang akibat kezaliman Barisan Nasional (BN).
Manakala calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah dijangka akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.
Wartawan Mohd Sabri Said dan jurugambar Mohd Nasir Sudin yang tiba kira-kira jam 7.30 pagi tadi melaporkan pihak polis membuat kawalan ketat, khususnya di tempat Anwar dijadualkan mengundi.
Katanya, pihak polis juga membuat kawalan ketat sejak semalam dan beliau serta pengundi-pengundi terpaksa melalui beberapa sekatan jalan raya untuk tiba di kawasan tempat mengundi.
"Sejak awal pagi lagi sudah sesak dengan penyokong-penyokong kedua-dua parti yang tiba dengan pelbagai bendera, 'banner' dan laungan reformasi bergema begitu kuat sekali," katanya.
Menurutnya, ramai wartawan dan jurugambar media tempatan dan asing sudah berhimpun sejak awal pagi lagi untuk menanti ketibaan Anwar.
"Proses pengundi setakat ini berjalan lancar, kelihatan ramai pengundi sudah tiba di pusat pengundian untuk mengundi," ujarnya.
Harakahdaily difahamkan, menjelang hari pengundian terdapat beberapa keraguan timbul khususnya pada buku daftar undi, antaranya 710 nama pengundi Permatang Pauh pada tahun 2004 didapati hilang.
Khusus di Dun Seberang Jaya, jentera Pilihan Raya KeADILan dan PAS mendapati terdapat sehingga 80 nama didaftarkan dalam sebuah rumah pengundi.
"Selain dari 80 nama dalam sebuah rumah, ada banyak lagi 20 nama, 10 nama dalam sebuah rumah, jumlah ini tidak ada dalam PRU 8 Mac lepas.
"Yang hairannya keraguan ini berpusat di kawasan kubu kuat BN," kata seorang petugas bilik gerakan Pakatan Rakyat.
8.55 pagi:Suasana di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Penanti semakin hangat dengan gelagat orang ramai yang masih menunggu kehadiran Anwar Ibrahim yang dijangka akan membuang undi di pusat pembuangan undi tersebut pada pukul 10.00 pagi nanti.
Kira-kira 100 meter dari pusat pembuangan undi tersebut penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) sedang berkumpul.
Wartawan Intan Abdullah dan Nuha Rahim melaporkan jalan raya menuju ke pusat pengundian itu juga sesak sejak pukul 8.00 pagi lagi.
Kira-kira 100 anggota polis mengawal keadaan di tempat tersebut disamping kelihatan juga anggota FRU serta helikopter yang membuat tinjauan.
Kebetulan pusat pengudian tersebut terletak bersebelahan dengan IPD Kubang Seman.
9.30 pagi: Setakat ini keadaan masih lagi terkawal biarpun penyokong kedua pihak memenuhi kawasan tersebut terutama di bangsal panas yang terletak berhampiran dengan tempat mengundi.
Kereta-kereta yang membawa pengundi-pengundi kelihatan sibuk berulang alik membawa pengundi ke sekolah tersebut.
Suasana di Lebuh raya Butterworth Kulim expressway juga dipenuhi dengan penyokong-penyokong kedua-dua parti.
10.05 pagi: Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Penanti pada jam 9.40 pagi bersama isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membuang undi.
Beliau yang berkemeja biru dan Wan Azizah yang berbaju kebaya merah jambu disambut sorakan gemuruh penyokong-penyokongnya yang sedia menanti dari awal pagi. Turut mengiringi anak-anaknya termasuk Nurul Izzah.
Anwar kelihatan keletihan dan dipimpin petugas untuk masuk ke bilik mengundi. Keadaan terkawal dan penyokong-penyokongnya melambai tangan ke arahnya.
10.45 pagi: Anwar yang berucap sebaik sahaja keluar dari tempat pengundian menyatakan pilihan raya hari ini bukanlah pilihan raya antara dua calon daripada parti yang berbeza, tetapi pilihan raya antara jentera kerajaan dengan dirinya.
Sementara itu, beliau yang ditanya media mengenai kes liwat yang dihadapinya, katanya buat masa ini fokus untuk beliau untuk menang dalam pilihan raya ini.
Katanya, perkara tersebut akan diperhalusi selepas pilihan raya berakhir.
Anwar menegaskan, BN sepatutnya sedar dan bangun dari realiti.
Katanya, undi kali ini merupakan undi penentu untuk perubahan dan bukannya untuk menang sebagaimana undi biasa.
Selain itu , katanya masih terlalu awal untuk menjangkakan mengenai jumlah majoriti yang akan diperolehi.
Namun beliau bersyukur dengan sokongan rakyat.
Apa yg penting katanya, semua pihak patut memberi ruang kepada pengundi.
Dalam pada itu katanya, sama ada akan wujud pengundi hantu, beliau menyerahkan kepada skuad gempur pengundi hantu yang dilancarkan oleh AMK semalam.
12.10 tengahari: Seperti diramalkan hujan mula turun di sekitar kawasan pengundian.
12.45 tengahari: Sehingga berita ini di tulis, BN nampak hambar berbanding sokongan dari Pakatan Rakyat.
Di setiap tempat pusat pengundian petugas BN kebanyakan tidak lantang bahkan ramai yang duduk di kerusi di bawah bangsal panas atau berdiri di bawah rimbunan pokok tepi jalan ataupun sekadar berpacak memegang bendera yang tidak bergoyang.
Kaum ibu dilihat lebih suka berborak sesama sendiri bercakap bukan fasal pilihan raya jika di tafsirkan dari raut wajah dan memek mulut yang berkata-kata.
Yang tinggal hanyalah golongan muda yang diimpot itupun beberapa kerat sahaja yang lain berpeluk tubuh seolah menanti sesuatu yang tidak kunjung tiba.
Keadaan sekarang makin panas di mana sepanjang tinjauan yang sempat dilalui mendapati kedua-dua parti rancak berkempen di kiri kanan jalan mencari pengaruh masing-masing.
12.50 tengahari: Beberapa pemerhati melaporkan bahawa wujud ketegangan di pusat pengundian SMK Penanti antara penyokong BN dan KeADILan kerana pondok panas BN dikatakan terlalu hampir dengan pusat pengundian.
Walaupun suasana agak terkawal namun penyokong masing-masing melaung sesama mereka dengan dikawal oleh pihak polis.
12.55 tengahari: Wartawan Intan Abdullah yang sekarang berada di Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu Perai melaporkan berdasarkan pemerhatian setakat ini pengundi saluran satu dan empat belum keluar mengundi.
Keadaan cuaca juga mendung dan hujan mula turun rintik-rintik. Di dapati juga terlalu sedikit bendera dan poster BN yang dipasang berbanding pilihan raya umum sebelum ini.
Pada masa yang sama suasana seolah-olah satu pesta dengan pelbagai gelagat penyokong-penyokong keADILan.
Termasuk si penjual ikan tanpa segan silu memacak bendera di belakang motosikalnya.
Gelagat empat orang anak muda yang mengusung replika pengusung jenazah sambil melaungkan 'kuburkan BN ' menarik perhatian ramai.
1.00 petang: Setiausaha SPR, Dato' Kamaruzaman Mohd Noor berkata sejumlah 44.8 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka sehingga tengahari tadi.
1.15 petang:Terdapat lebih 500 penyokong Pakatan Rakyat di SK Sri Penanti. Kelihatan 10 trak FRU serta trak meriam air ditempatkan di situ.
1.20 petang: Beberapa jalan raya di sekitar kawasan pengundian di Permatang Pauh didapati sesak teruk dan di luar kawalan.
1.32 petang: Hujan telah mula berhenti di beberapa kawasan dan beberapa jalan raya di Permatang Pauh pulih dari kesesakan.
2.00 petang:Sehingga kini, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan bahawa jumlah yang telah keluar mengundi adalah sebanyak 48.44 peratus.
2.20 petang: Jurucakap Mafrel, Ong BK berkata, pihaknya telah mengesan tiga nama yang hilang daripada senarai pengundian pagi tadi.
Katanya, mereka yang tidak dapat mengundi ini telah mengundi dalam pilihan raya yang lalu tetapi tidak dapat mengesan nama mereka dalam senarai pagi tadi.
2.35 petang: Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mahu semua penyokong parti menggunakan motorsikal untuk pergi ke pusat pengundian kerana kesesakan yang teruk hampir semua jalan di Permatang Pauh.
"Daripada beberapa petunjuk kami yakin Anwar akan menang,"katanya.
3.25 petang: Tiga buah bas dijumpai di Lebuh Raya Butterworth-Kulim disusur keluar Penanti.
Menurut Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengetuai skuad gempur pengundi hantu AMK, bas ketiga dijumpai di Plaza Tol Kubang Semang.
Katanya salah seorang pemandu daripada tiga buah bas tersebut mengakui membawa pengundi daripada Melaka.
Katanya, bas yang bernombor plat CDE 1122 memuatkan 44 orang penumpang yang disyaki bukan penduduk tempatan.
Sementara itu, dua buah bas yang tertulis bas persiaran Tong Services dan Star700 Travel yang ditahan oleh skuad gempur pengundi hantu di Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) dan memuatkan 30 dan 20 orang penumpang. Kesemua mereka tidak sempat dibawa ke tempat pengundian.
Pihak polis yang berada di IPTB memberi jaminan mereka akan dibawa ke Balai Polis. Bagaimanapun polis mengatakan mereka bukan pengundi hantu tetapi penyokong dari Melaka. Semua mereka sedang berkumpul di Plaza Tol Kubang Semang.
3.40 petang:Peratus keluar mengundi baru mencecah 60 peratus pukul 3.40 petang tadi.
Keadaan di pintu masuk di setiap pusat mengundi lengang berbanding pada pilihan raya umum ke-12 lalu di mana ramai orang berpusu-pusu datang seakan-akan tidak sabar menjatuhkan BN yang terus menindas rakyat dengan kenaikan harga barangan keperluan dan petroleum berlipat ganda.
Krew Harakahdaily yang mengadakan tinjauan terasa kemungkinan pengundi muda terpaksa kerja di hari ini kerana gandaan gaji kepada sesiapa yang nginkan pendapatan lumayan.
Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengistiharkan cuti umum tetapi pihak majikan pekerja industri tidak menghiraukannya sepertimana kata Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak cuti di hari sepatutnya bekerja satu kerugian.
Suasana muram jelas kelihatan termasuk kawasan yang dianggap panas dalam pilihanraya umum lalu. Boleh dikatakan, orang yang memberi sokongan lebih ramai daripada pengundi sebenar.
Jika nampak ramai pun ialah di Taman Guar Perahu dan Sekolah Menengah Guar Perahu di Penanti.
Di Dun Permatang Pasir keadaan amat getir terutamanya di Pusat Mengundi Sekolah Rendah Permatang Pasir sehinggakan Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah di situ memerhati jika sekiranya sesuatu perkata yang tidak diingini terjadi.
Namun, kedatangan pengundi masih tidak menggalakkan. Saluran satu dan dua kedatangan agak membanggakan tetapi saluran tiga dan empat iaitu saluran yang memenangkan Pakatan Rakyat masih kurang menyengat.
Apa pun masih ada masa untuk rakyat melunaskan kewajipan sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab. Buatlah perubahan demi masa depan yang cemerlang bukan mengharapkan pembangunan yang tidak seimbang.
3.45 petang: Di IPD Seberang Jaya, berlaku kekecohan apabila Gobalakrishnan tidak dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis.
Bagaimanapun Supretendan Batumalai akhirnya membenarkan Gobalakrishnan masuk.
Terdapat lebih 50 penyokong berada di kawasan balai polis. Mereka ditenangkan oleh Gobalakrishnan supaya tidak termakan dengan provokasi polis yang berpakaian preman kira-kira 10 orang.
3.50 petang: Empat buah trak Pasukan Simpanan Persekutuan(FRU) tiba berhampiran balai polis. Helikopter juga kelihatan berlegar-legar agak rendah. Dua buah bas lagi kelihatan. Peguam Johnson Chong tiba dan cuba menyelesaikan isu tersebut.
4.00 petang: Sementara itu di Mengkuang Titi juga dilaporkan beberapa pengundi hantu telah berjaya dikesan oleh penyokong Pakatan Rakyat.
4.05 petang: Manakala dua buah bas FRU tiba di IPD. Kawasan di sekitar IPD semakin dipenuhi penyokong KeADILan. Mereka ditenteramkan oleh salah seorang AJK jentera pilihan raya dan semua petugas diminta menjaga peti undi masing-masing.
4.20 petang: SPR mengumumkan masa mengundi ditambah kepada satu hingga dua jam.
4.35 petang: Gobalakrishnan kini dibenarkan membuat laporan polis berkenaan pengundi hantu.
4.40 petang: SPR sebentar tadi menafikan khabar angin bahawa masa mengundi akan dilanjutkan.
5 petang: Masa mengundi telah tamat dan pusat pengundian telah ditutup.
5.10 petang: Pegawai SPR akan membuat kiraan kertas undi di pusat-pusat pengundian. Jumlah kiraan terakhir di 25 pusat pengundian akan dibawa ke Institut Perguruan Tuanku Bainun untuk diumumkan keputusannya.
7.00 malam: Gobalakrishnan masih lagi di IPD Seberang Jaya bersama 5 buah bas yang membawa pengundi hantu.
Dikatakan dua buah bas yang ditemui telah kosong manakala baki tiga buah masih berpenumpang.
7.20 malam: Anwar dikatakan sedang mendahului berbanding pencabarnya yang lain.
Setakat 7 petang tadi, kira-kira 40 peratus undian telah dikira.
Proses pengiraan undi di 110 saluran di 28 pusat mengundi dijangka selesai pada pukul 8 malam ini manakala keputusan penuh pilihan raya diketahui sebelum pukul 10 malam nanti.
7.30 malam:Beribu-beribu penyokong Pakatan Rakyat kelihatan berpusu-pusu ke arah dewan Maktab Perguruan Tengku Bainun untuk mengetahui keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Kenderaan para pengunjung kelihatan diletakkan sejauh lima kilometer di sepanjang bahu jalan ke maktab tersebut.
7.55 malam: Anwar dikatakan menang di semua pusat mengundi setelah selesai kiraan dibuat di pusat-pusat berkenaan.
8.00 malam: Kawasan yang dikhaskan untuk penyokong Umno di Maktab Perguruan Tengku Bainun dikatakan kosong dan ketika ini penyokong Pakatan Rakyat mendominasikan seluruh kawasan tersebut.
8.20 malam: Anwar dijangkakan mendapat kemenangan besar dengan majoriti melebihi penyandang lalu, Dato' Seri Dr Wan Azizah iaitu lebih 15,000 undi.
8.35 malam:Setakat pukul 8.30 malam, Anwar telah memperoleh 31,949 undi manakala Dato' Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 14,297 undi manakala AKIM menerima 74 undi.
Proses pengiraan di 28 pusat mengundi sedang dilakukan. Setakat ini kira-kira 70 peratus undian telah dikira.
Keputusan peringkat KeADilan ini diumumkan oleh Naib Presidennya, Azmin Ali selaku Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan PKR, di Pusat Operasi Utama parti itu di Penanti di sini.
Setakat ini keputusan hampur 20 daerah sudah diketahui dan Anwar menang hampir kesemua daerah itu.
8.40 malam:Keputusan tidak rasmi daripada KeADILan yang diterima adalah Anwar menang sebanyak 31,949 undi manakala calon BN mendapat 14,297 undi manakala calon bebas hanya 74 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 17,652 undi.
9.50 malam:Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi. - mr/mks. _

Monday, August 25, 2008

Akhirnya...kini pasti..



PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah.

Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.
Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.
"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.
Bila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.
Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.
Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.
Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.
"Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, " katanya.
Jelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.
Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.
Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.
Solat hajat perdana itu diimamkan oleh Tuan Guru Haji Saleh dari Sik, Kedah manakala hadir memberikan ucapan ringkas ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Mohd HashimYahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Daud Iraqi, Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. - mr

Friday, August 22, 2008

Wajah-Wajah Tuan Guru - dari lensa kamera ini.







UiTM memang "World" LAH


PUTERI SARAH LIYANA

penuntut SARJANA MUDA PENGURUSAN HOTEL Uitm S.ALAM
juga merupakan pelakon filem " aduh saliha "
ikuti lah komen beliau sebagai seorg pelajar Uitm bertaraf melayu hehehe :
" mengenai pengajian sarah di uitm sehingga sekarang pihak uitm belum bercakap apa apa pun mengenai tersebarnya gambar tersebut.Alhamdulillah sarah masih boleh teruskan pengajian seperti biasa.kawan kawan sarah faham masalah yang sarah alami.Mereka pun cium teman lelaki masing masing,cuma kesilapan sarah,gambar berkenaan tersebar di internet "
tahniah Uitm krn berjaya " world "kan pemikiran pelajarnya bertaraf dunia sehingga lupa adat dan kesopanan

TokGuru Berehat Di Hospital


MAKLUMAT yang saya terima dari Kota Bharu, Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kini sedang berihat di hospital pakar Perdana Jalan Bayam Kota Bharu. Beliau masuk ke hospital berkenaan sejak tiga hari lalu.
Sekejap tadi salah seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan menghubungi saya dan memberitahu keadaan Tok Guru sihat dan tidak ada apa yang membimbangkan. "Tok Guru masuk ke hospital berkenana hanya untuk berihat... saya baru lepas menziarahinya" begitu jelas anggota Exco berkenaan.
Minggu lalu Tok Guru bersama lebih 2,500 para pemimpin dan ahli Pas berhimpun di Ipoh Perak dalam muktamar tahun ke 54. Dalam keadaan bertongkat beliau hadir pada muktamar yang bersejarah itu.
Bukan itu saja beliau juga kali ini turut sama memberi ucapan penggulungan pada hari kedua mukatamar berkenaan di mana ini jarang berlaku. Biasanya Musryidul Am hadir sebagai penaung saja dan tidak mengambil bahagian apa lagi menggulung atau membahas usul.
Semacam ada sesuatu yang terdesak bagi Musrsyidul Am itu sehinggakan terpaksa menggunakan platform muktamar untuk membuat penjelasan mengenai isu yang timbul ke belakangan ini. Dalam beberapa isu yang berlaku dalam Pas kini Tok Guru bersemangat macam orang muda.
Beliau juga turut sama berada di Permatang Pauh pad hari penamaan calon pilihan raya kecil kawasan itu pada 16 Ogos lalu bagi memberi sokongan padu kepada calon PKR, Anwar Ibrahim. Beberapa blog melaporkan beliau turut sama mendoakan dan mengimani solat hajat untuk kemenangan Anwar.
Dalam ulasannya mengenai pilihan raya itu sebelum ini Tok Guru itu mahukan Anwar menang besar.Mungkin kerana agak penat dengan muktamar dan suasana dihari penamaan calon itu menyebabkan beliau perlu berihat. Didoakan semoga Tok Guru cepat sihat dan bertenaga kembali untuk sama-sama turun ke Permatang Pauh bersama Husam Musa bagi melihat proses pengundian pada Selasa depan.

Wednesday, July 30, 2008

Secangkir Kenangan - Persisiran Sg.Dinding, Manjong,Perak

Program E-Mesra JKE..Program untuk siswi tapi kami dua ja yang bukan siswi..huhu..apa nak buat....,ini TUGAS...

Wednesday, July 23, 2008

Renungkanlah Sedalam - Dalamnya..


Renungkanlah sedalam-dalamnya.
Tidak,Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat MrS Right dan biar seorang diri drpd menanggung bebanan manusia yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepijalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenahanak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpauttatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tibamasanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membukalorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " Seorang teman pernah berpesan.."Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "