Tuesday, July 21, 2009

Gerhana matahari separa di negara kita esok.

KUALA LUMPUR: Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok.
Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.
"Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan hari ini.
Kawasan Utara Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.
Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.
Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.
Fenomena astronomi yang juga akan berlaku esok akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.
Mhd Fairos berkata bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.
Apabila laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat, katanya.
Mhd Fairos berkata ANGKASA akan menghantar tiga orang pegawai untuk membuat penyelidikan dan pengambilan data dan imej gerhana (fotografi dan videografi) semasa berlakunya fenomena gerhana matahari itu di Jinshan, Shanghai, China.
Ini kerana mengikut statistik, cuaca dan litupan awan di China lebih baik berbanding dengan kawasan lain.
Selain daripada ANGKASA, beberapa kumpulan daripada Malaysia akan turut menyertai Ekspedisi Gerhana di beberapa kawasan di China antaranya Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia, Stargazer Scientific dan Falak Online, katanya.Rakyat Malaysia boleh bersama-sama menyertai dan menikmati Gerhana Matahari Penuh itu esok dengan melayari laman web yang membuat siaran langsung secara webcasting seperti :


www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html
www.saros.org/index.html
www.liveeclipse.org
www.eclipsetv.com.

Thursday, July 16, 2009

Karnival Kedah Sejahtera 2009..

Festival Kedah Sejahtera

Negeri Kedah Darul Aman atau lebih dikenali dengan Negeri Jelapang Padi terletak di bahagian Utara Semenanjung Malaysia meliputi kawasan seluas 9,245 km persegi. Negeri Kedah yang berkepadatan penduduk hampir 2 juta orang terkenal dengan pelbagai tarikan destinasi pelancongan yang menarik antaranya Pulau Langkawi.
Festival Kedah Sejahtera adalah hasil penjanaan idea dari Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dalam usaha menyampaikan visi dan misi kerajaan kepada seluruh rakyat. Penganjuran ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam memupuk persekitaran masyarakat yang harmoni seterusnya untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat dan negeri.

Festival Kedah Sejahtera bakal berlansung pada :

Tarikh : 22 Julai 2009 hingga 28 Julai 2009
Tempat : Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.

KUNJUNGAN DI RAJA
Penganjuran festival ini bakal menerima kunjungan di raja dari Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 23 Julai 2009

_______________

Wang kertas RM50 sempena 50 tahun kemerdekaan


___________

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mulai semalam mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan.
BNM dalam kenyataannya semalam menjelaskan, ia akan menggantikan wang kertas RM50 sedia ada secara berperingkat-peringkat.
BNM setakat ini belum menetapkan tempoh wang kertas RM50 sedia ada dihentikan pengeluarannya, namun ia tetap sah diperlakukan bersama-sama dengan wang kertas baru ini.
Menurutnya, wang kertas baru RM50 itu sebelum ini dikeluarkan pada Disember 2007 bersempena dengan Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia.
Namun siri baru ini tidak lagi mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara.

2nd..

babak 2nd ..

alhamdulillah..
hari ini genap seminggu aku selepas di uji dengan kemalangan tempoh hari..
selepas di beri kebenaran berMC selama dua hari, terus aku balik rumah..Dalam masa yang sama juga,zaujati- mudahan Allah merahmatimu-juga dalam perjalanan ke Ipoh.Allah hu Akhbar, rasa separuh kesakitan tuu..dah hilang gamaknya.Walaupun dia dalam masa kursus, tapi tetap gak nak balik..drive ngan keta plak tuh..isteriku-mudahan Allah merahmatimu-.

Rehat di rumah, aku tak banyak buat apa.Makan tido jerlah..sampi tgk TB.Malam pertama terus aku roger Zaki, kawan tempat kerja untuk jumpa Hj, nak minta urut badan..Alhamdulillah..2 malam mengurut..heheh ok.. jugak..cam besh je.

Siang malam seterusnya berlalu begitu sahaja.dengan nikmat hari-hari bahagia yang penuh kesakitan.

Hari Khamis, dan jumaat masuk kerja dalam keadaan yang kurang stabil lagi..Tapi tak per..ada penawar di sini.Tak la terasa sangat2an yang seperti sebelum ni.Kerja pertama yang kena buat, siapkan tugasan budak dan efarpee.Alhamdulillah dah setal ngan2 skema sekali.

Dan jumaat membawa ke sabtu, terus ke ahad.semua urusan menjadi lancar sekali.terima kasih juga buat sahabat2 IT yang sudi datang ziarah.Rasa kagum dengan komitmen depa walaupun aku ni cuma orang biasa saja.Itulah nikmat namanya..ITUlah yang aku katakan....NIKMAT BAGI YANG BERFIKIR..BAHAGIA BAGI YANG BERZIKIR...KERANANYA HARI-HARI INDAH BILA SAKIT..JIKA KITA TAHU ITU ADALAH NIKMAT DARINYA..

untuk itu kawan...sentiasa berbaik sangkalah dengan segala kerja buat Allah pada kita..samada yang bersifat nikmat dan mudharat kerana kedua2nya merupakan nikmat dari Allah buat hambanya yang berzikir dan berfikir


Akhir kalam....wasalam.
___________

Thursday, July 9, 2009

hari baik dan bulan baik...pengajaran bagi hamba yang berfikir..

_____________
Asalam..permulaan kalam..mohon dipermudahkan bicara agar semuanya dan segalanya berjalan mengikut keredhaan dan kehendaknya.
Ameen.

babak 1st

Pagi Selasa, 7/7/09 bersamaan dengan 14 Rejab, suatu perkara yang manusia selalu ketakan dengan kejadian malang telah menimpa aku.Tetapi bagi aku ianya merupakan suatu nikmat yang cukup indah bagiku..kenapa....teruskan bacaan anda sehingga selesai..

Pagi itu... indah seperti biasa. Dalam perjalanan nak ke tempat mencari rezeki, aku telah didatangi dengan sebuah motosikal dengan gayanya seperti pelumba jalanan, cilok sana cilok sini, baik punya dan terus melanggar aku. Dengan kata lain, aku excident la tu kena langgar dengan orang laa.

Uhh..apa lagi tercampak la aku ke tebing jalan sebelah kiri, selang beberapa meter nak lepas traffic light terakhir sebelum masuk ke pintu pagar tempat kerja aku kat jalan dairy..
Hmmm..."excident pulak, baru jer budget nak datang awal " ..Aduh..sakit gak rupanya excident ni ye..tapi kira ok jugak lah..sebab aku leh lagi bangun dan terus ke opis..n then PUNCH IN.. seperti biasa.. 7:56 am..huhu..

Alhamdulillah..
Dah masuk opis..Mulanya aku nak wat tak peduli ja..aku budget ok jer..sebab malas la rasanya nak gi GH nak check,lagi pun tak ada luka yang nampak di lihat di mata, cuma ada sengal-sengal sket kat dada, tapi last2 memikirkan yang kawan2 opis semua dok kata..."PI LA CHECK TGK mizan oii, X RAY KA, APA KA, KOT2 NNTI ADA RALAT KALAU JADI LAIN PLAK..SEBAB TGK LUAR MEMANG TAK ADA APA...DALAM SAPA PUN TAK TAU.." then terus aku minta jasa baik.. kawan baik..untuk teman aku pi GH.
Tanpa tunggu lama, terus lapor diri di kaunter kecemasan GH, kes aku di ambil oleh Dr. Yeoh..Pakar Kecemasan yang duty pagi tu..Terus tekan2 dada aku yang lebam dan calar2 tu dek kerana hentaman divider kiri jalan selepas jatuh dari bike aku.Kemudian aku di forwardkan ke Bahagian X Ray di bilik no.4 (Bahagian Dada), untuk di x-ray sebab dia rasa tak puas hati tgk dengan mata kasarnya tu..

Tak apalah, tunguu bilik no 4, kemudian masuk..dan..."OK, EN MIZAN, READY YA..TARIK NAFAS..DAN...

Alhamdulillah..
Selepas selesai..dan hampir 2 jam tunggu ..result aku terima .."OK..En. Mizan, U PUNYA BADAN,TULANG DADA DAN OTOT STABLE..TAK ADA YANG RETAK OR PATAH LA..CUMA ADA LEBAM SKET PADA OTOT SEBELAH KIRI RAWAN DADA, NANTI SAYA AKAN BAGI UBAT YER..U BLEH TUNGGU LUAR SEKEJAP YER..." said Dr Yeoh tu lah..
Terus aku tunggu luar dan dapat slip ubat terus ke farmasi, ambil ubat dan...yang paling best..dapat MC 2 hari..

terus balik rumah..
dan tunggu apa yang berlaku....

babak 2nd..


.............

Wednesday, July 1, 2009

Dosa Manusia berbanding Setan

_________
Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"Begitu juga ketika waktu Zuhur, orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil berkata dalam hatinya, "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam...... Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah ia sedang mengingat-ngingat sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka setan itu sangat panik.Ia rupanya tidak bisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !" Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut!", jawab setan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah
dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk
bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah).

Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!",kata setan sambil beredar pergi.

p/s -- Bolehkan kita bayangkan betapa besarnya dosa kita berbanding dengan setan..Benarlah kata Baginda SAW, sesungguhnya banyak yang kulihat di dalam neraka Allah nanti adalah terdiri dari MANUSIA.