Friday, June 26, 2009

AIRMATA RASULULLAH SAW...

________________
Bila Dia Lambat Makbulkan doa mu, Maka DIA ingin mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan doa mu, maka Dia merancang sesuatu yg lebih baik untuk mu. Oleh itu,sentiasalah bersangka baik pada NYA dalam apa jua keadaan pun....Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNYA.


..... Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh.. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Sahabat..banyakkan selawat buat junjungan Alam Saidina Muhammad, Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Mudahan dengan keberkatan itu ada sedikit rahmat buat kita menuju ke alam sana..

Thursday, June 25, 2009

Tanda-Tanda Hati Itu sudah Mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Wednesday, June 24, 2009

Siapakah orang yang paling beruntung di akhirat nanti

DARI sebuah hadith, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri.
Mereka itu adalah: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”(Riwayat at-Tirmidzi)

Marilah semua sahabat-sahabat kita penuhkan suasana Rejab yang mendatang ini dengan amalan yang akan membawa kita ke arah keredhaanNya.Mudahan ada sinar mendapat Ramadhan pada kali ini.

Politeknik dikaji untuk jalankan kursus Ijazah.

  • JOHOR BAHRU 20 Jun – Kementerian Pengajian Tinggi sedang melakukan kajian terhadap politeknik di seluruh negara dalam usaha menaik taraf kedudukan institusi itu termasuk menawarkan kursus peringkat ijazah pada masa akan datang.
    Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu dilihat mampu mengikis tanggapan bahawa politeknik tidak setaraf dengan universiti hingga menjadikan institusi tersebut sebagai pilihan kedua di kalangan lepasan pelajar sekolah.
    Katanya, politeknik perlu memiliki kekuatannya sendiri dan kedudukan institusi itu mesti selari dengan universiti dan bukannya di bawah standard universiti.
    “Saya telah mengarahkan Jabatan Pengajian Politeknik untuk mengkaji bagaimana hendak menentukan institusi yang semakin menjadi tumpuan ini terutamanya di kalangan pelajar lelaki dapat ditingkatkan kedudukannya sebagai pilihan yang selari dengan universiti.
    “Sekarang ini orang melihat politeknik sebagai kelas dua. Kita tidak mahu ada tanggapan begitu kerana apabila saya sebagai seorang pelajar sekolah, saya melihat kalau tidak dapat masuk universiti, saya hendak masuk politeknik,’’ ujarnya.

Semalam ada terbaca perkara diatas. Nampak macam menarik je cadangan mereka ni.Tapi tak taulah apa pandangan orang ramai dan orang-orang yang di peringkat bawahan huhu .Apapun, tahniah lah buat kepimpinan baru kita yang sentiasa kaya dengan idea-idea baru bagi memajukan lagi taraf pendidikan rakyat huhu . Dah tu pulak,dengar ceritanya, YB Dato KPT akan datang ke sini.Sama-samalah kita nantikan apa lagi yang akan di berikan selepas ni.

adios..

kedah sejahtera, nikmat untuk semua.

Monday, June 22, 2009

Rejab, Sya'aban dan Ramadhan...aku sentiasa menantimu -- Kedatangan Rejab - 24 Jun 2009

Asalam..mudahan semuanya kita mendapat rahmat dariNya selalu.
Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:

"1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini." Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p:s
Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara
1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati
Insyaallah.. mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

Wednesday, June 17, 2009

influenza H1N1...hikmah pengharaman menatang tuh

Kejadian ini berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya.

Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?"Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina. Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia."
Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."




asalam...

asalam..hari ni aku masuk keje semula setelah beberapa hati bercuti..tersa jugak ke'best'an menjalani cuti ni.berajalan-jalan bersama isteri..heheeh syoknya..

apapun..semuanya itu aku akan simpan untuk tatapan kalian selepas ni...

sedang syok dok belek2 email dan akhbar2, aku terjumpa artikel ni..Pandai betul adik ni, apakah petua family beliau agak2nya. aku pun harap dapat acuan sehebat ni melalui tarbiah diri..doakanlah..

KARINA Oakley, bakal berumur tiga tahun tidak lama lagi. Namun dia agak istimewa berbanding rakan seusia kerana memiliki kebijaksanaan luar biasa dengan tahap IQ 160.
Malah, tahap IQ kanak-kanak ini setanding dengan saintis cacat saraf terkenal, Stephen Hawking dan jutawan firma gergasi komputer dunia Microsoft, Bill Gates.


Dia kini ahli forum Mensa - sebuah organisasi intelektual dari seluruh dunia. Tahap kepandaian Karina seperti budak berusia lima tahun dengan daya imaginasi dan kepetahan bercakap.
Menyedari kebolehan itu, ibu Karina, Charlotte Fraser mengambil keputusan membawanya berjumpa pakar psikologi pendidikan, Prof. Joan Freeman untuk diuji tahap IQ selepas menonton rancangan televisyen mengenai budak genius.
"Karina nyata seorang yang bijak dan mampu bercakap dengan baik selain cepat memahami apa yang diajarkan," jelas Freeman. Katrina juga mengambil ujian IQ selama 45 minit.
Dia diarah menghabiskan cabaran dalam bentuk ingatan dan kebolehan lisan mengendalikan pensil, nombor serta bentuk. Karina nyata ada kebolehan dengan perkataan imaginasi yang tinggi selain penyayang, bertanggungjawab serta peramah
Ibu Karina bekerja dalam bahagian pemasaran sebuah syarikat swasta manakala bapanya, Nick merupakan seorang pakar komputer. Mereka tinggal di Guildford, Surrey. Britain.


p/s tapi aku yakin, setiap muslim yang kuat menjaga agamanya akan di jaga Allah akan kehidupannya dan di kurniaan anak-anak dan zuriat yang soleh dan solehah dan lebih hebat dari apa yang dunia banggakan..

ISLAM ITU TINGGI NILAINYA..

Saturday, June 13, 2009

cerita saja saja

alhamdulillah..

setelah sekian lama, kini aku dapat jugak peluang untuk bercuti.cuti aku kali ni lebih bererti sebab cuti kali ni bukan seperti dulu.kali ni aku bercuti bersama yang tersayang.kali ni kami merancang untuk ke Raub, Pahang, sambil saya menziarahi abah disana.Huh...best..

If dulu, masa cuti dulu, kami hanya sempat melawat sekitar Kedah jer..tu pun tak sempat nak habis, almaklumlah semua nak mintak ziarah umah depa.PakLong,PakNgang,Pak Ndak,Pak Ngah,Pakcik...segalanya ada.Tapi alhamdulillah la sempat jugak lah selesai walaupun tak kesemuanya. Nak gi pulau pun tak sempat, walaupun budget ada,tapi masa itulah mutlak milik Allah jua. Tak pa banyak masa lagi...Kahwin bukannya untuk sehari dua..

Kali ni cuti, alhamdulillah....sebelum ni,macam keje rasa.Mula ngan Induksi kat teganu.huhu, sayangku kena tinggal 2 minggu...sian dia.Lepas tuh balik dah kena setalkan hal-walhal exam plak.markning lah, keyin lah, apa lagi semuanya ada.mujur sempat jugak pi majlis sahabat baik Zul dan Yati kahwin di Taiping-tahniah zul dan yati-.SELAMAT BERBAHAGIA, kita dah bubarkan kelab bujang kita. sebab zam pun dah kahwin.

Minggu lepas jugak, aku n the gang, buat program Kem Ibadat kat Tepen.Alhamdulillah program berjalan agak lancar walaupun ramai sahabat ada yang tak dapat bagi komitmen sepenuhnya atas beberapa alasan dan juga bertembung dengan program 'kenduri besar' di Shah Alam.

Tapi,semuanya yang ada mutlak milikNya.Sebelum hari last, aku telah dilanda kedemaman yang agak kuat.Puas aku telan Panadol..hajat nak bagi bleh jugak bertahan pada slot malam tu...tapi HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU.aku terus buat program sendiri, dan 'wisel' kemKom itu aku turunkan kepada BroRuzai atas alasan dia lebih senior berbanding yang lain dan pernah menjadi mantan jawatan tersebut sebanyak SATU kali. POWEEER..Dan dia tak see ya-see ya kan tugasn itu.....tahniah Ruzai.

Untuk itu doakan lah perjalan aku petang ni sehingga keseterusnya...mudahan kita di rahmati Allah, sayang...

sesungguhnya...cinta itu adalah milik Allah, diberikan kepada hambanya untuk menentukan siapa yang beruntung dan siapa yang rugi dalam menerima nikmat ini...beruntunglah siapa yang menghargai...

adios...


.....

dunia vs akhirat...MANA ONE?



Semua orang menikmati kehidupan di dunia ini tidak lebih daripada untuk menghadapi ujian Allah, semuanya dengan dapat mengukur sejauh mana tahap ketakwaan kita terhadap Allah bukannya semata-mata berseronok sahaja.Jika tidak diuji dengan pelbagai cubaan yang sebahagian besarnya adalah perkara tidak diingini oleh nafsu manusia, sudah tentu kita tidak dapat membuktikan diri kita sebagai seorang yang bertakwa.
Ada orang mengatakan kekayaan itulah matlamat hidup di dunia tetapi ia tidak benar kerana kekayaan tidak dapat melahirkan kesejahteraan. Kadangkala harta kekayaan lesap dalam waktu yang singkat.Sekiranya seseorang mengatakan kecantikan adalah matlamat hidupnya, itu juga salah, kerana kecantikan akan pudar apabila sampai waktunya.Jika pangkat, darjat dan pengaruhnya boleh mencapai matlamat hidupnya, ia juga salah, kerana ia tidak kekal, ada turun naik, malah boleh lenyap.
Hakikatnya, yang kekal abadi dalam hidup kita di dunia ini ialah keredaan Allah. jadi, semua patut dan kena faham bahawa hidup kita di dunia ini hanyalah sementara saja dan akhirat juga yang kekal selama-lamanya. Tak usah kita terlalu mengejar dunia sangat. Berpada-padalah dan jangan sampai bekal untuk kehidupan di akhirat keciciran.
Jadi sekadar renungan diri kita sahabat, mudahan ianya menjadi renungan kita bersama.doakanlah agar sahabat-sahabat kita di Selatan Thai juga di lindungi Allah dan di selamatkan dari kekejaman kafir laknatullah.

TAKBIRR..!!!!
HIDUP, HIDUP, HIDUP ISLAM..
HANCUR, HANCUR, HANCUR KUFFAR.

ISLAM ITU SATU, BERSATU UNTUK ISLAM..

......

Friday, June 12, 2009

salam dari kami

Assalamualaikum WBT

Salam sejahtera buat semua..

Pertama sekali ucapan syukur padaMu Ya Allah, kerana masih mengizinkan kehidupan ku masih berada di sini...kali ni jauh berbeza dengan dahulu...sudah begelar SUAMI kepada seorang wanita, bergelar ISTERI.. -mudahan Allah rahmati kamu isteriku- SITI FATIMAH.

Terlalu lama rasanya tidak menulis di blog ini. Maaflah pada sahabat – sahabat dan rakan – rakan yang kadang kala menjenguk masuk ke blog ini. Hampir jugak rasanya hati ini tertanya kenapa aku tidak meng'update'kan laman maya ini....namun..lidah kelu berbicara,dan kudrat gagal mengatur kata, lantas ruangan ini terus tidak bersuara.

Benarlah kadang kala kita dengar orang kata , ketika belajar dulu, bila mana mereka mengatakan - belajar lagi seronok dari bekerja - baru sekarang aku tahu akan betapa besarnya nikmat yang Allah berikan terhadap masa, tenaga dan ruang semasa kita ada pada waktu itu.

Semasa belajar, sebanyak mana masa pun mampu kita uruskan. Kita mampu untuk mengurus dan manfaat masa dengan apa yang kita rancang. Berbeza sungguh bila kita dah kerja, masa yang kita rancang kadang kala terganggu dengan perkara lain. Kadang-kadang kita rasa hormat tgk sahabat-sahabat yang mampu dalam menguruskan masa walhal kerja dan tanggungjawab keliling pinggang. Dimana ingin membahagikan kerjaya, rumahtangga, perglibatan dengan gerakan islam termasuk kegiatan kampung dan masyarakat.

Ya Allah bantulah aku dan 'dear' untuk semua ujian ini..kerana kehidupan itu adalah pentas permainan dan ujian..

Untuk itu aku akan terus melakukan sesuatu yang terbaik buat diriku, dan juga buatmu isteriku yang amat ku sayangi dan ku cintai.... -mudahan Allah rahmatimu -.


Berdoalah agar kebahagian ini milik kita bersama..


sir ru a'la barikatillah.