Assalamualaikum WBT
Salam sejahtera buat semua..
Pertama sekali ucapan syukur padaMu Ya Allah, kerana masih mengizinkan kehidupan ku masih berada di sini...kali ni jauh berbeza dengan dahulu...sudah begelar SUAMI kepada seorang wanita, bergelar ISTERI.. -mudahan Allah rahmati kamu isteriku- SITI FATIMAH.
Terlalu lama rasanya tidak menulis di blog ini. Maaflah pada sahabat – sahabat dan rakan – rakan yang kadang kala menjenguk masuk ke blog ini. Hampir jugak rasanya hati ini tertanya kenapa aku tidak meng'update'kan laman maya ini....namun..lidah kelu berbicara,dan kudrat gagal mengatur kata, lantas ruangan ini terus tidak bersuara.
Benarlah kadang kala kita dengar orang kata , ketika belajar dulu, bila mana mereka mengatakan - belajar lagi seronok dari bekerja - baru sekarang aku tahu akan betapa besarnya nikmat yang Allah berikan terhadap masa, tenaga dan ruang semasa kita ada pada waktu itu.
Semasa belajar, sebanyak mana masa pun mampu kita uruskan. Kita mampu untuk mengurus dan manfaat masa dengan apa yang kita rancang. Berbeza sungguh bila kita dah kerja, masa yang kita rancang kadang kala terganggu dengan perkara lain. Kadang-kadang kita rasa hormat tgk sahabat-sahabat yang mampu dalam menguruskan masa walhal kerja dan tanggungjawab keliling pinggang. Dimana ingin membahagikan kerjaya, rumahtangga, perglibatan dengan gerakan islam termasuk kegiatan kampung dan masyarakat.
Ya Allah bantulah aku dan 'dear' untuk semua ujian ini..kerana kehidupan itu adalah pentas permainan dan ujian..
Untuk itu aku akan terus melakukan sesuatu yang terbaik buat diriku, dan juga buatmu isteriku yang amat ku sayangi dan ku cintai.... -mudahan Allah rahmatimu -.
Berdoalah agar kebahagian ini milik kita bersama..
sir ru a'la barikatillah.
-
1 comment:
selamat sejahtera juga buat kamu berdua .... Amin
Post a Comment