Wednesday, June 17, 2009

asalam...

asalam..hari ni aku masuk keje semula setelah beberapa hati bercuti..tersa jugak ke'best'an menjalani cuti ni.berajalan-jalan bersama isteri..heheeh syoknya..

apapun..semuanya itu aku akan simpan untuk tatapan kalian selepas ni...

sedang syok dok belek2 email dan akhbar2, aku terjumpa artikel ni..Pandai betul adik ni, apakah petua family beliau agak2nya. aku pun harap dapat acuan sehebat ni melalui tarbiah diri..doakanlah..

KARINA Oakley, bakal berumur tiga tahun tidak lama lagi. Namun dia agak istimewa berbanding rakan seusia kerana memiliki kebijaksanaan luar biasa dengan tahap IQ 160.
Malah, tahap IQ kanak-kanak ini setanding dengan saintis cacat saraf terkenal, Stephen Hawking dan jutawan firma gergasi komputer dunia Microsoft, Bill Gates.


Dia kini ahli forum Mensa - sebuah organisasi intelektual dari seluruh dunia. Tahap kepandaian Karina seperti budak berusia lima tahun dengan daya imaginasi dan kepetahan bercakap.
Menyedari kebolehan itu, ibu Karina, Charlotte Fraser mengambil keputusan membawanya berjumpa pakar psikologi pendidikan, Prof. Joan Freeman untuk diuji tahap IQ selepas menonton rancangan televisyen mengenai budak genius.
"Karina nyata seorang yang bijak dan mampu bercakap dengan baik selain cepat memahami apa yang diajarkan," jelas Freeman. Katrina juga mengambil ujian IQ selama 45 minit.
Dia diarah menghabiskan cabaran dalam bentuk ingatan dan kebolehan lisan mengendalikan pensil, nombor serta bentuk. Karina nyata ada kebolehan dengan perkataan imaginasi yang tinggi selain penyayang, bertanggungjawab serta peramah
Ibu Karina bekerja dalam bahagian pemasaran sebuah syarikat swasta manakala bapanya, Nick merupakan seorang pakar komputer. Mereka tinggal di Guildford, Surrey. Britain.


p/s tapi aku yakin, setiap muslim yang kuat menjaga agamanya akan di jaga Allah akan kehidupannya dan di kurniaan anak-anak dan zuriat yang soleh dan solehah dan lebih hebat dari apa yang dunia banggakan..

ISLAM ITU TINGGI NILAINYA..

No comments: