Wednesday, August 27, 2008

Anwar Ibrahim angkat sumpah esok

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen esok, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Iklan

Bernama melaporkan, Pandikar Amin mengumumkan perkara itu sebelum memulakan sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

"Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dah pun keluar dan keputusannya berpihak kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, jadi beliau akan mengangkat sumpah esok," katanya.

Beliau berkata segala urusan angkat sumpah dan aturan mesyuarat akan dimaklumkan kepada dewan kemudian.

KeADILan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam.

Anwar, 61, memperolehi 31,195 undi sementara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Mamat, 61, hilang wang pertaruhan selepas mendapat hanya 92 undi.

Manakala undi rosak adalah 447 undi. - mks._

No comments: