Wednesday, June 24, 2009

Siapakah orang yang paling beruntung di akhirat nanti

DARI sebuah hadith, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri.
Mereka itu adalah: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”(Riwayat at-Tirmidzi)

Marilah semua sahabat-sahabat kita penuhkan suasana Rejab yang mendatang ini dengan amalan yang akan membawa kita ke arah keredhaanNya.Mudahan ada sinar mendapat Ramadhan pada kali ini.

Politeknik dikaji untuk jalankan kursus Ijazah.

  • JOHOR BAHRU 20 Jun – Kementerian Pengajian Tinggi sedang melakukan kajian terhadap politeknik di seluruh negara dalam usaha menaik taraf kedudukan institusi itu termasuk menawarkan kursus peringkat ijazah pada masa akan datang.
    Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu dilihat mampu mengikis tanggapan bahawa politeknik tidak setaraf dengan universiti hingga menjadikan institusi tersebut sebagai pilihan kedua di kalangan lepasan pelajar sekolah.
    Katanya, politeknik perlu memiliki kekuatannya sendiri dan kedudukan institusi itu mesti selari dengan universiti dan bukannya di bawah standard universiti.
    “Saya telah mengarahkan Jabatan Pengajian Politeknik untuk mengkaji bagaimana hendak menentukan institusi yang semakin menjadi tumpuan ini terutamanya di kalangan pelajar lelaki dapat ditingkatkan kedudukannya sebagai pilihan yang selari dengan universiti.
    “Sekarang ini orang melihat politeknik sebagai kelas dua. Kita tidak mahu ada tanggapan begitu kerana apabila saya sebagai seorang pelajar sekolah, saya melihat kalau tidak dapat masuk universiti, saya hendak masuk politeknik,’’ ujarnya.

Semalam ada terbaca perkara diatas. Nampak macam menarik je cadangan mereka ni.Tapi tak taulah apa pandangan orang ramai dan orang-orang yang di peringkat bawahan huhu .Apapun, tahniah lah buat kepimpinan baru kita yang sentiasa kaya dengan idea-idea baru bagi memajukan lagi taraf pendidikan rakyat huhu . Dah tu pulak,dengar ceritanya, YB Dato KPT akan datang ke sini.Sama-samalah kita nantikan apa lagi yang akan di berikan selepas ni.

adios..

kedah sejahtera, nikmat untuk semua.