Saturday, June 13, 2009

cerita saja saja

alhamdulillah..

setelah sekian lama, kini aku dapat jugak peluang untuk bercuti.cuti aku kali ni lebih bererti sebab cuti kali ni bukan seperti dulu.kali ni aku bercuti bersama yang tersayang.kali ni kami merancang untuk ke Raub, Pahang, sambil saya menziarahi abah disana.Huh...best..

If dulu, masa cuti dulu, kami hanya sempat melawat sekitar Kedah jer..tu pun tak sempat nak habis, almaklumlah semua nak mintak ziarah umah depa.PakLong,PakNgang,Pak Ndak,Pak Ngah,Pakcik...segalanya ada.Tapi alhamdulillah la sempat jugak lah selesai walaupun tak kesemuanya. Nak gi pulau pun tak sempat, walaupun budget ada,tapi masa itulah mutlak milik Allah jua. Tak pa banyak masa lagi...Kahwin bukannya untuk sehari dua..

Kali ni cuti, alhamdulillah....sebelum ni,macam keje rasa.Mula ngan Induksi kat teganu.huhu, sayangku kena tinggal 2 minggu...sian dia.Lepas tuh balik dah kena setalkan hal-walhal exam plak.markning lah, keyin lah, apa lagi semuanya ada.mujur sempat jugak pi majlis sahabat baik Zul dan Yati kahwin di Taiping-tahniah zul dan yati-.SELAMAT BERBAHAGIA, kita dah bubarkan kelab bujang kita. sebab zam pun dah kahwin.

Minggu lepas jugak, aku n the gang, buat program Kem Ibadat kat Tepen.Alhamdulillah program berjalan agak lancar walaupun ramai sahabat ada yang tak dapat bagi komitmen sepenuhnya atas beberapa alasan dan juga bertembung dengan program 'kenduri besar' di Shah Alam.

Tapi,semuanya yang ada mutlak milikNya.Sebelum hari last, aku telah dilanda kedemaman yang agak kuat.Puas aku telan Panadol..hajat nak bagi bleh jugak bertahan pada slot malam tu...tapi HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU.aku terus buat program sendiri, dan 'wisel' kemKom itu aku turunkan kepada BroRuzai atas alasan dia lebih senior berbanding yang lain dan pernah menjadi mantan jawatan tersebut sebanyak SATU kali. POWEEER..Dan dia tak see ya-see ya kan tugasn itu.....tahniah Ruzai.

Untuk itu doakan lah perjalan aku petang ni sehingga keseterusnya...mudahan kita di rahmati Allah, sayang...

sesungguhnya...cinta itu adalah milik Allah, diberikan kepada hambanya untuk menentukan siapa yang beruntung dan siapa yang rugi dalam menerima nikmat ini...beruntunglah siapa yang menghargai...

adios...


.....

dunia vs akhirat...MANA ONE?



Semua orang menikmati kehidupan di dunia ini tidak lebih daripada untuk menghadapi ujian Allah, semuanya dengan dapat mengukur sejauh mana tahap ketakwaan kita terhadap Allah bukannya semata-mata berseronok sahaja.Jika tidak diuji dengan pelbagai cubaan yang sebahagian besarnya adalah perkara tidak diingini oleh nafsu manusia, sudah tentu kita tidak dapat membuktikan diri kita sebagai seorang yang bertakwa.
Ada orang mengatakan kekayaan itulah matlamat hidup di dunia tetapi ia tidak benar kerana kekayaan tidak dapat melahirkan kesejahteraan. Kadangkala harta kekayaan lesap dalam waktu yang singkat.Sekiranya seseorang mengatakan kecantikan adalah matlamat hidupnya, itu juga salah, kerana kecantikan akan pudar apabila sampai waktunya.Jika pangkat, darjat dan pengaruhnya boleh mencapai matlamat hidupnya, ia juga salah, kerana ia tidak kekal, ada turun naik, malah boleh lenyap.
Hakikatnya, yang kekal abadi dalam hidup kita di dunia ini ialah keredaan Allah. jadi, semua patut dan kena faham bahawa hidup kita di dunia ini hanyalah sementara saja dan akhirat juga yang kekal selama-lamanya. Tak usah kita terlalu mengejar dunia sangat. Berpada-padalah dan jangan sampai bekal untuk kehidupan di akhirat keciciran.
Jadi sekadar renungan diri kita sahabat, mudahan ianya menjadi renungan kita bersama.doakanlah agar sahabat-sahabat kita di Selatan Thai juga di lindungi Allah dan di selamatkan dari kekejaman kafir laknatullah.

TAKBIRR..!!!!
HIDUP, HIDUP, HIDUP ISLAM..
HANCUR, HANCUR, HANCUR KUFFAR.

ISLAM ITU SATU, BERSATU UNTUK ISLAM..

......